Perodua Myvi adalah salah satu kereta yang paling popular di Malaysia, dan ia telah melalui pelbagai generasi banyak varian. Jom kita tengok jenis-jenis Perodua Myvi yang telah dikeluarkan:
Generasi Pertama (2005 - 2011)Perodua Myvi 1.0Varian ni datang dengan enjin 1.0L (EJ-VE) tiga silinder.
Perodua Myvi 1.3Ini dia varian dengan enjin 1.3L (K3-VE) empat silinder.
Perodua Myvi SE (Special Edition)Lebih sporty & elegan dengan kit badan tambahan.
Perodua Myvi EZiVarian automatik ni ada ciri-ciri tambahan berbanding model asas.
Generasi Kedua (2011 - 2017)Perodua Myvi 1.3 StandardEnjin 1.3L (K3-VE) yang diperbaharui dalam varian asas ini.
Perodua Myvi 1.5 SE/ExtremeBerprestasi tinggi dengan enjin 1.5L (3SZ-VE) & kit badan sporty.
Perodua Myvi 1.3 PremiumDilengkapi sistem audio lebih baik dan kemasan dalaman premium.
Perodua Myvi 1.5 AdvanceVarian tertinggi dengan ciri keselamatan tambahan seperti ABS & EBD, dan lebih banyak kelengkapan dalaman.
Generasi Ketiga (2017 - Kini)Perodua Myvi 1.3 Standard GGenerasi ketiga varian asas dengan enjin 1.3L (NR Dual VVT-i), lebih efisien.
Perodua Myvi 1.3 XLebih banyak ciri keselamatan seperti VSC (Vehicle Stability Control).
Fisc bengkel kereta sri rampai |
Perodua Myvi 1.5 HLebih berkuasa dengan enjin 1.5L (2NR-VE). Ciri premium seperti keyless entry & butang penghidup hadir dalam varian ni.
Perodua Myvi 1.5 AV (Advance)Yang tertinggi sekali dengan ciri keselamatan lengkap macam ASA (Advanced Safety Assist), termasuk brek kecemasan automatik.
Setiap generasi Myvi terkenal dengan rekabentuk kompak, efisien bahan api, ciri keselamatan serta kemudahan yang menjadikannya pilihan popular rakyat Malaysia!